Pages

Monday 10 August 2015

Resepi Mihun Sup Simple

Assalamualaikum. Alhamdulilah, hari ni dah hari ke-6 puasa. Puasa sunat kerrr?? No no noo. Puasa ganti. Ehem2. *tersipu malu* Masa kerja petang tu, kawan dok tanya farah masak ke untuk buka puasa nanti? Saya dengan yakinnya jawab mak yang masak. Tapi, tup tup bila sampai rumah je, tengok mak dah terbaring kepenatan. Penat kerja gamaknya. Pukul 6 tu dia bangun tidur, bagitahu yang dia tak masak lagi. Saya cakap takyah masak la. Biar saya je yang masak sebab yang lain dah makan. Kesian pulak dia nak masak semata-mata untuk saya. Sendiri puasa, sendiri la masak kann. hehehe.. Saya pun masa tu tengah mengidam mihun sup. Jadi saya pun macam biasa akan belek buku resepi Chef Hanieliza. Panjangnya bebel. mesti hangpa tak baca pun intro ni. Yalah, niat nak cari resepi, bukannya nak dengar kita bebel kann.. uhukss.

Bahan-bahan untuk menyediakan mihun sup:

Bahan A
1. Mihun. Rendam la dengan air panas ikut banyak mana hangpa nak dan tuskan.
2. Ayam@Udang@Daging@Bebola ikan. Nak letak semua pun takpe. Lagi meriah sup kita.hehe
3. Sayur sawi, lobak merah dan cendawan
4. Daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan
5. Garam, perencah maggi cukup rasa, lada hitam atau lada sulah
6. Air
 
Bahan B (untuk tumis)
1. Bawang merah.- hiris
2. Bawang putih- hiris
3. Halia- hiris
4. 1 inci kulit kayu manis
5. 1 bunga lawang
6. 2 buah pelaga
7. 3 bunga cengkih

Cara membuatnya:
1. Tumis bahan B sehingga wangi
2. Maukkan ayam, udang, daging dan seangkatan dengannya
3. Seterusnya masukkan sayur-sayuran
4. Tambahkan air ikut banyak mana anda nak
9. Masukkan garam, perencah dan lada hitam@lada sulah
10. Tunggu sehingga mendidih. Selepas siap, taburkan daun sup dan bawang goreng
11. Sedia dihidang bersama mihun tadi. hehe

Haa. tak sempurna kalau makan mihun sup takde cili pedas tu

Bahannya ialah,
- Cili padi
- Kicap manis
- Cuka
- Garam
- Gula

Caranya>>>>>> Campurkan kesemuanya. Siap!! :)

Selamat Mencuba!! ^_^

Inilah hasil air tangan saya.. ;)

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik