Assalamualaikum
w.b.t. Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan pada semua Muslimin dan Muslimat
di seluruh dunia. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan yang lalu diterima oleh
Allah, InsyaAllah. Sekarang ini mungkin ramai mahasiswa yang telah mula cuti
pertengahan semester dan masih juga ada yang berjuang dalam peperiksaan besar.
May Allah ease whatever things we do in our life that would benefit us in dunya
and akhira. Amin.
Kali ini saya
nak kongsikan secebis ilmu yang saya dengar dari Ustazah Norhafizah Musa yang
menekankan kebiasaan berharga yang menjadikan Allah nombor satu dalam hati kita
dalam apa jua keadaan sekalipun.
1. Ketika kita
hendak tidur
Tidur dikira
sebagai mati kecil. Bagaimana kita nak mempersiapkan diri untuk mati kecil ini?
Saat tidur la sebenarnya waktu paling penting di mana mengambarkan siapa
sebenarnya kekasih dalam hati kita. Sambil meletakkan tangan bawah kepala,
merenung siling dan memikirkan kekasih kita. Gunakan waktu tidur ini untuk
ingat kekasih sebenar-benarnya yakni Allah s.w.t dengan cara yang bagaimana?
Amalan yang
boleh dilakukan:
>>
Menyucikan diri dengan berwudhu
>> Solat
witir
>>
Istigfar
>>
Membaca surah Al-Mulk, Al- Waqiah
>>
Membaca 3 Qul untuk meminta perlindungan Allah
>> Tidur
di lambung kanan dan lain-lain lagi
2. Ketika terbangun
dari tidur
"Ketika
seseorang bangun dari tidur, maka perkara pertama yang terlintas dalam hatinya
ialah mengingati kekasihnya. Ketika dia terbangun, apa yang telah dialami oleh
jiwa akan kembali bersamanya iaitu mengingat sang Kekasih di mana perkara itu
telah menguasai tidurnya".
Jika sebelum
tidur kita dah bersungguh-sungguh ingat Allah, maka kita juga akan ingat Allah
di saat kita terjaga dari tidur. Nikmat ini takkan dapat pada orang yang bangun
lewat. Sebab apa? Bila bangun lewat, apa perkara yang akan kita fokuskan? Kita
sibuk dengan urusan dunia, nak cepat-cepat siap sebab dah lewat nak ke tempat
kerja dan sebagainya. Kalau kita dapat uruskan waktu tidur dengan baik, kita
dapat lakukan aktiviti yang membina ikatan yang kukuh dengan Allah s.w.t dalam
hati kita.
Amalan yang
boleh dilakukan:
>> Baca, لا اله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدير, SubhanaAllah, Alhamdulilah, Allahuakbar, Astagfirullah al azim.
>>
Bersihkan diri untuk melakukan solat sunat
3. Minta
pertolongan dari Allah dengan sabar dan solat
Bila kita ada
masalah, kepada siapa kita akan mengadu? Bila stress dengan exam dan pelbagai
lagi masalah, kepada siapa kita ceritakan masalah kita? Mestilah pada orang
yang kita sayangi contohnya pada mak kita. Apa kata sebelum kita adukan masalah
pada makhluk, kita bersabar dan adukan pada Allah segalanya. Ini salah satu
ikhtiar yang bukan mudah dilakukan tapi kebiasaan yang sangat penting yang
perlu dilazimi dalam kehidupan kita.
Amalan yang
boleh dilakukan:
>>
Rajinkan diri solat malam dan merintih masalah kita pada Allah. InsyaAllah,
akan dikurniakan pelbagai keajaiban dan kurniaan-kurniaan Allah yang Maha Luas.
4. Benar-benar
mengingati Allah ketika waktu solat
Bila kita
jumpa dengan manusia lain, kita boleh mengindahkan perangai kita dihadapan mereka.
Tapi, sikap asli kita akan terserlah saat kita mendirikan solat. Kalau dalam
solat kita asyik sibuk ingat makhluk, hal-hal dunia, jadi kita tahulah yang
kita ini sebenarnya hamba kepada siapa.
Amalan yang
boleh dilakukan:
>> Doa
kepada Allah supaya kita dikurniakan hati yang khusyuk ketika hendak
melaksanakan solat
>>
Meminta perlindungan Allah dari syaitan yang sentiasa menganggu kita dalam
solat
Saya sertakan juga link video jika nak dengar lebih panjang lebar lagi. * https://youtu.be/zLXvMcOlFU8 *
No comments:
Post a Comment