Pages

Saturday 25 July 2015

Resipi Ayam Goreng Berempah sempoii~~

Assalamualaikum. Alhamdulilah sekarang boleh merehatkan diri selepas bertungkus lumus memasak di dapur. Woottt2. Menu hari ni ialah ayam goreng berempah dan ikan masam manis.  Farah nak kongsikan cara mudah dan sempoi a.k.a ikut suka hati je nak masak macam mana nak buat ayam goreng berempah. Walaupun hentam kromo je buat, tapi yang paling penting sedap! Nyum2. :')

Bahan2:
- Ayam
- Satu sudu rempah kari ikan
- Satu sudu lada sulah
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 3 batang serai (farah tak letak pun serai ni. Sebab takde dlm peti sejuk. Ahakkss. Tp ayam still sedap arr. Hehe)
- Garam
-  Daun kari. Suka hati la nak letak berapa banyak pun daun kari ni. Lagi banyak lagi harum mewangiiii, selamannyaa.. Ooohhhhh ~bak kata akim lagu mewangi tuu~ kahkahhh

Cara memasak:
1. Basuh ayam dulu bersih2. Lepas tu letakkan rempah kari, lada sulah, garam dan bahan yang telah dikisar iaitu bawang putih, halia dan serai.

2. Masukkan daun kari juga. Dan gaul ayam tu dengan sebati.

3. Perapkan ayam selama setengah jam.

4. Siap untuk digoreng!

Inilah hasilnyaa.. ^_^
Sebenarnye ayam tu kurang rempah. Kene banyak gunakan bawang putih, halia dan serai. Tapi boleh laaa.. Sedap la juga. Hehe. Selamat mencuba uollss. ;)

Thursday 23 July 2015

Review: Nexcare Acne Patch

Assalamualaikum. Saya ni sebenarnye di dunia realiti mempunyai masalah jerawat di muka yang agak tak berape nak serius tapi memberi tekanan jiwa yang agak serius. Huhuhu. Orang kata, "jangan picit!! Nanti tinggal parut". Jadi, untuk elakkan tangan ni gatal memicit jerawat bernanah di muka ni, maka adik saya cadangkan penggunaan acne patch.

Cara gunakan senang je. Korang tempek je acne patch tu kat jerawat yg ada nanah. Biarkan semalaman, insyaAllah esok pagi korang akan dapat lihat di bende bulat tu ada nanah yang dah keluar dari jerawat tu.. Haa, lepas ni boleh la pergi beli acne patch ni di guardian atau watson. Saya jarang beli dah sekarang. Malas nak tempek kat muka. Ahakss.. Adik saya selalu beli yang 36 patch tu dengan harga 15.80 dan diskaun selalunye dapat rm11.80. 

Selamat mencuba! ^_^

Tuesday 21 July 2015

Anak Dara Pemalas ~ boleh cuba resepi ni~

Assalamualaikum. Hamboiii, rajin pulak kita nak update resepi hari ni ye. Tapi, sharing is caring kan. So, kenelah kongsi pada yang memerlukan. Lagi2 pada anak2 dara kat luar sana yang malas sangat nak masak (termasuklah orang yang share resipi ni :-P ). Meh sini kita nak share resepi Sup Daging yang tersangat-sangat la senang. Sekarang ni zaman dah maju la uolls.. Semua bende di hujung jari. Rajin tak rajin je nak mencari dan cuba. Cume resepi ni kita bukan dapat dari hujung jari la. Kita dapat dari resepi Adabi sendiri. hehehe
Rempah ratus semua dah siap dalam ni haa.. beli je kat kedai. ahaksss

Cara masak sup daging dah siap ada kat belakang plastik tu haa.. senang kan nak masak? takyah pening2. hehehe
Lepas ni korang boleh terus pi kedai, carilah paket Sup Bunjut Adabi ni kalau tak reti sangat nak masak sup ayam atau daging. Sonang jo. InsyaAllah. Saya dah cuba, anda bila lagi? muah cikeddd. hehehe. Selamat memasak.. ;)

Resepi Mudah Ayam Masak Merah

Assalamualaikum ^_^. Lame sangat tak update blog sebab tak tahu nak cakap pasal ape, ahakss. Hari ni saya rajin nak kongsikan resepi ayam masak merah yang saya belajar dari nenek saya sehari sebelum raya haritu. Saya panggil nenek saya ni tokami. Senang je nak masak ayam masak merah ni. Bagi anak-anak dara yang baru nak belajar masak pun insyaALLAH boleh la nak try sebab tak renyah mane pun masakan die. hehe


Gambar ni saya amik kat tenet. tapi lebih kurang jadi macam ni la ayam kita. hehe :)
Bismillah..

Bahan-bahan yang diperlukan tak banyak pun:

- Ayam. mestilah kene ada ayam. dah name pun nak masak ayam masak merah kannn. hehehe
- Bawang merah. bawang ni ikut banyak mane ayam yang kita nak masak. kalau sikit je, mungkin tak banyak la kuah yang kita dapat. kalau takat nak makan untuk 4 orang camtu, 3-4 ulas cukup kot. ikut ampa laaa
- Bawang putih same jugak, selalunya saya kalau amik 3 ulas bwg merah, saya akan doublekan bawang putih. mungkin dalam 6 ulas cmtu. hehe
- 1 inci halia
- Cili boh
- Sos tomato
- Air. kalau tak nak tambah air pun takpe. banyak sangat air takut cair plak kuah merah tu.hehe
- Garam dan perencah secukup rasa Maggi.

Cara memasak: (mulakan setiap langkah dengan bismillah ;) )

1.  Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam. Goreng ayam tu dulu sampai jadi mcm ayam goreng tuu. ada orang tak goreng ayam tu, mereka terus masak je. tapi kami suka goreng dulu, sebab nak kasi ayam tu garing. hehe

2. Sambil2 tunggu ayam tu garing, kita kisar dulu bawang merah, bawang putih dan halia.

3. Lepas ayam dh siap goreng, kita ambil sedikit lebihan minyak goreng ayam tadi untuk kita tumiskan bahan kisar tadi.

4. Masukkan cili boh dan sos tomato. Tunggu sehingga pecah minyak.

5. Bila dah pecah minyak, barulah kita masukkan garam dan perencah secukup Maggi tuu. adjust2 la rasa tu untuk dapatkan rasa yang ampa suka. hehe

6. Akhir sekali, masukkan ayam. Gaul sebati kuah merah tu dengan ayam.

7. Alhamdulilah. Siap! Sedia untuk dihidang dengan nasi putih panas! nyum2..

Selamat Mencuba ^_^
 
Images by Freepik