Pages

Saturday 11 April 2015

Mengumpat

Ghibah (Mengumpat) dan Memfitnah


Image result for mengumpatAllah SWT mencela orang ghibah bagaikan memakan bangkai:

"Janganlah setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)." (Surah Al-Hujurat: 12)

Rasulullah SAW bersabda:

"Takutlah ghibah. Ia lebih buruk dari zina. Lelaki berzina lalu taubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah sebelum orang yang diumpat memaafkannya."

Telah bersabda Rasulullah SAW:

"Siapa mengumpat bermaksud menghinakan saudaranya, Allah meletakkannya di jambatan Neraka pada hari kiamat. Hingga bebas dari apa yang dikatakannya."

Juga beliau bersabda:

"Ghibah itu menuturkan keburukan saudaramu sama ada badan, nasab, perbuatan, ucapan, agama, dunia, bahkan baju selendang atau tunggangannya."

Hingga setengah orang dahulu berkata, " Jika kau katakan pakaian: pakaian sifulan kebesaran atau kekecilan, itu termasuk ghibah. Apa lagi kau sebut sesuatu yang menyakitkannya."

Dirawikan bahawa perempuan pendek datang kepada Rasulullah SAW untuk suatu keperluan. Setelah dia keluar, Aisyah berkata, " Wah, pendeknya dia." Segera Rasulullah berkata, " Engkau telah mengumpatnya hai Aisyah!" Telah bersabda Rasulullah SAW:

"Jangan kalian berghibah. Dalamnya ada tiga keburukan: Doanya tidak dikabulkan, kebaikannya tidak diterima dan akan ditimpakan padanya keburukan orang yang diumpat."

Beliau bersabda dalam mencela tukang fitnah:

" Manusia terburuk di hari kiamat ialah bermuka dua. Iaitu tukang fitnah. Dia datang pada mereka dengan suatu muka dan datang pada yang lain dengan muka yang lain. Siapa bermuka dua di dunia, di hari kiamat berlidah dua dari api."

Dirawikan dari Jabir bin Abdullah Al-Anshari ra: Angin ghibah itu telah menghembus di zaman Rasulullah SAW tetapi sedikit. Kini banyaklah ghibah dan meluas baunya hingga sulit dibezakan. Ini ibarat lelaki datang ke rumah tukang samak. Ia tidak tahan di situ kerana bau busuk.Pada hal penghuninya makan minum di situ dan tidak mencium bau busuk kerana hidungnya telah biasa. Demikian halnya soal ghibah di zaman kita. 

Berkata Ka'ab ra: Kubaca sebahagian kitab, "Siapa mati bertaubat dari ghibah, ia orang terakhir masuk syurga. Siapa mati biasa berghibah, ia orang pertama masuk neraka."

Rujukan: Terjemahan Kitab Mukashafah Al Qulub Imam Al Ghazali

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik