Pages

Friday, 14 October 2016

When Maryam meet Taha

Jam menunjukkan tepat 5.45 petang. Alhamdulilah baru sahaja lepas menunaikan solat Asar. Terus aku capai Al Quran untuk dibaca yang aku cuba jadikan ia satu rutin dalam ibadahku selepas solat. Bismillahirahmanirahim.. Sambungan ayat 77, surah Maryam.

(77) Maka apakah kamu telah melihat orang yang mengingkari ayat-ayat Kami dan dia mengatakan: "Pasti aku akan diberi harta dan anak."
(78) Adakah dia melihat yang ghaib atau dia telah membuat perjanjian di sisi Tuhan yang Maha Pemurah?
(79) Sama sekali tidak! Kami akan menulis apa yang dia katakan dan benar Kami akan memanjangkan azab untuknya
(80) Dan Kami akan mewarisi apa yang dia katakan itu dan dia akan datang kepada Kami seorang diri.


Ayat 77 hinga ayat 80 buat aku jadi risau. Aku selak muka surat sebelumnya.

(75) Katakanlah (Muhammad): "Barangsiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarlah Tuhan yang Maha Pemurah memanjangkan tempoh baginya, sehingga apabila mereka telah melihat apa ynag diancamkan kepadanya, baik seksa mahupun kiamat, maka mereka akan mengetahui siapa yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penolong-penolongnya."



Risau termasuk dalam kalangan orang yang sesat..

Risau jika telah sesat, Allah sengaja biarkan kita bergembira dengan nikmat yang diberi yakni harta dan anak-anak sedangkan itu sebenarnya "azab dunia."

"Azab dunia" yang kepunyaan Allah

Dan manusia akan jumpa Allah di akhirat nanti seorang diri sahaja..




Aku teruskan bacaanku pada surah Taha. Ayat pertama surah tersebut yang menjadikan aku tertanya-tanya apakah sebenarnya maksud Taha itu. Tapi rahsia Allah sukar untuk kita sebagai makhluk yang lemah untuk fahami dengan logik akal. Ayat seterusnya membuat aku terfikir sejenak.

(2) Kami tidak menurunkan al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) agar kamu menjadi susah
(3) Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah
(4) Iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi
(5) (Iaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas Arasy. 
(6) KepunyaanNyalah semua yang ada di bumi, semua yang ada di antara keduanya, dan semua yang ada di bawah tanah.

Allah tak turunkan Al-Quran untuk susahkan manusia.

Seolah-olah Dia cuba katakan yang Dia suruh buat itu ini bukan sebab nak menyusahkan kita.

Bukan sebab nak ambil waktu kita yang sedang sibuk khusyuk belajar untuk laksanakan solat.

Tapi sebab Allah nak kita takut pada Dia.

Kenapa?

Sebab Allah yang menciptakan segala-galanya termasuklah diri kita sendiri. Kalau kitalah mencipta sesuatu benda contohnya robot tapi robot itu khianati kita. Robot tu tak nak dengar kata-kata kita sedangkan kita yang mencipta ia.

Allah juga tak nak kita berpaling dari Dia.

Allah berada di tempat tertinggi yang hanya Dia sahaja tahu.

Habis.


 
Images by Freepik