Pages

Monday 12 May 2014

My First Blog ^_^

Bismillahirahmanirrahimm..

Hai!!Assalamualaikum semua.. :) Sebenarnya ini adalah entri pertama yg saya buat. Sebenarnya sebelum ni pernah buat blog. Cuma saya dah delete sebab macam tak dapat apa-apa keuntungan dari buat blog. Tapi sekarang saya mempunyai persepsi yang berbeza tentang blog.

Macam2 asbab dan tujuan bila seseorang itu buat blog. Ada yang melihat blog adalah perkara yang sia-sia dan tidak menguntungkan.

Hari ini saya nak bercerita tentang NIAT.. Baru-baru ini saya telah menyertai sebuah program iaitu Youthace 2014 anjuran Langit Illahi. Boleh layari laman web langit illahi yang terdiri daripada pelbagai penulis-penulis terkenal, vlogger, blogger dan lain-lain yang aktif terlibat dengan program keremajaan. http://langitilahi.com

Salah seorang panel Youthace 2014 ialah Ustaz Syaari. Ada satu kata-kata beliau yang sangat mengusik hati saya iaitu


"Berbeza gerak kerja bila dilakukan kerana seseorg atau krn allah"

Setiap amalan bergantung pada amalan kita. Beliau menceritakan lagi, disebabkan keimanan askar-askar Sultan Muhammad Al-Fateh yang sangat kuat pergantungan mereka kepada Allah, mereka sanggup mentaati perintah sultan mereka untuk mengusung 72 buah kapal meluncur bukit dalam masa satu malam sahaja untuk menakluk Kota Konstatinopel!!! SubhanaAllah..saya sangat-sangat kagum dengan tahap keimanan mereka yang sangat tinggi.

Jadi, apabila saya membuat keputusan untuk buat blog, saya mestilah sematkan di dalam hati semata-mata kerana Allah. Bukan kerana nak keuntungan, bukan kerana mahu menarik perhatian orang yang saya ada blog (weyhhh korang!! Aku ade buat blog..jgn lupe follow tau blog aku!!) Daaaaa.. Astagfirullah semoga Allah melindungi saya. :'(

Kesimpulannya, semoga blog ini dapat memberi manfaat yang besar kepada saya dan anda semua. InsyaAllah, Aminn. :)

Saya akan banyak sebarkan maklumat yang saya tahu, kongsikan pengalaman dan mengutarakan pelbagai pendapat dan idea-idea yang bernas (erk, bernas ke?? Huhu )

Jumpa lagi di entri akan datang.. Bye,Assalamualaikum  ;)


                                         ( kite dpt beg mse youthace hari tu..hehehe :-P )
 
Images by Freepik